Showing posts with label swim. Show all posts
Showing posts with label swim. Show all posts

Friday, May 20, 2011

: : FAEDAH BERENANG : :

Ramai orang tak tahu, terlalu banyak FAEDAH-FAEDAH yang mereka akan dapat dengan berenang saya tak dapat senaraikan kesemuanya kerana memang terlalu banyak.. Berenang ialah satu senaman yang amat baik kerana badan disokong oleh air. Oleh itu, tiada tekanan yang kuat pada sendi-sendi tulang seperti melakukan senaman di darat. Maklumlah ketumpatan badan manusia lebih kurang sama saja dengan ketumpatan air..

Anda juga akan berasakan tubuh badan lebih segar dan rasa ringan, kerana hampir seluruh otot badan digunakan ketika berenang disamping membentuk postur badan yang betul. Bukan sahaja lebih berstamina tinggi, malah membentuk badan yang menarik.

Berenang ialah satu sukan yang amat baik untuk diamalkan..mengurangkan tahap stres dan menambah tenaga…maksud saya lebih cergas dan cerdas. Ia juga boleh mengurangkan pelbagai risiko penyakit seperti darah tinggi dan juga membuatkan jantung lebih sihat.

Berenang juga boleh membuatkan seseorang lebih berani dan tidak panik dalam situasi kecemasan.

Nah, tambah satu lagi kemahiran di dalam hidup anda selain daripada kemahiran seperti memandu kereta, menjala ikan, komunikasi, sukan dan permainan, membaiki, dan bermacam-macam lagi.




: : BERENANG UNTUK KESIHATAN : :

: : MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA : :

Monday, March 21, 2011

: : Swimming Mode : :

Untuk pengetahuan rerakan sekalian, sekarang ni aku ada hobby baru.

: : SWIMMING : :

hehehe...ni sume sbb ada sorg rakan seofis aku yang ajak. Lokasi swimming pool tu pun tak jauh dari umah aku gak. Kompleks Sukan Pandamaran. Kompleks tu pun tempat aku swim gak masa kecik2 dulu. Cuma bila dh meningkat belia ni dh jarang gi dah. Malu nk pakai suar kecik yg ketat (swimming trunk) tu. Huhuhu.

Dulu mana nak tau ada suar yg pnjg... Igt sume kecik2 je so lupakan je la hobby nk swim ni. La ni keinginan nk swim ni timbul blk dah. Baek punyer...

Aku siap dh beli baju swim dgn goggle baru kt Jusco Bukit Raja. Sanggup tu gi beli baru...Nice..

Aku dah start swim blk dh ni Khamis lepas.
Penat giler. Lenguh kaki tangan aku.
Tp apa2pun aku puashati. Sgt puashati.
Lepas2 ni aku akan continue hobby baru aku.









Renung2kan Dan Selamat Beramal