Monday, January 31, 2011

Bengkel Dan Lawatan Di Sabah

Last week, aku bersama-sama rombongan yang diketuai oleh Puan Maznee pergi bercuti ke Sabah. Actually on paper bukan la bercuti sebab ada lawatan ke Solar Hybrid Pakej 2. Sekolah Menengah Kebangsaan Matupang adalah salah satu sekolah dlm pakej nie. Ada bengkel KKS juga diadakan bagi kontraktor-kontraktor dan pegawai-pegawai yang berkaitan untuk projek tersebut.

Butiran Terperinci Bengkel Dan Lawatan Ke Sabah



HARI
TARIKH
MASA
AKTIVITI
Khamis
27/1/2011
1.05pm - 3.40pm
Perjalanan ke KK dan check-in di 
 Imperial Hotel



Malam
Aktiviti Bebas








Jumaat
28/1/2011
7.30am - 8.30am
Sarapan


8.30am - 10.30am
Perasmian Bengkel KKS


10.30am - 12.00pm
Bengkel KKS


12.00pm - 2.00pm
Solat & Lunch


2.00pm - 4.30pm
Bengkel KKS


4.30pm - 6.30pm
Aktiviti Bebas


6.30pm - 8.30pm
Solat & Dinner


8.30pm --->
Aktiviti Bebas








Sabtu
29/1/2011
7.30am - 8.30am
Sarapan


8.30am - 11.00am
Bertolak Ke Ranau


11.00am - 12.30pm
Makan, solat & check-in di Celyn Resort, Kundasang


12.30pm - 1.30pm
Bertolak ke SMK Matupang


1.30pm - 3.00pm
Lawatan tapak SMK Matupang


3.00pm - 6.00pm
Ke Kg Luanti (Spa Fish), Ladang Sabah Tea & National Park


6.00pm - 7.30pm
Bertolak balik ke Celyn Resort


7.30pm --->
Dinner & Aktiviti Bebas








Ahad
30/1/2011
7.30am - 8.30am
Sarapan


8.30am - 11.00am
Bertolak ke KK


11.00am - 12.30pm
Lawatan ke UMS & 1 Borneo


12.30pm - 2.00pm
Lunch & solat


2.00pm - 2.30pm
Ke KKIA


4.10pm - 6.32pm
Bergerak balik ke KLIA




Tuesday, January 18, 2011

Friday, January 7, 2011

Along's Wedding 24 Dicember 2010

Sedikit gambar semasa hari pernikahan Along ku pada 24 Disember 2010

: : Bapak Pengantin : :

: : Sedikit jamuan untuk tetamu yang hadir : :


: : Along a.k.a Pengantin Perempuan : :

: : Bakal suami Along ku : :


: : Pak Imam yang sempoi : :





: :Acara Batal Air Sembahyang : :





: : Famili Pengantin Lelaki : :






Telah selamat sudah kakakku menjadi isteri yang sah. Semoga mereka bahagia selalu sehingga ke akhir hayat.

Wednesday, January 5, 2011

Minyak Naik Lagi

Hari ini 5 Januari 2011, officially harga minyak naik lagi. Tu bagi Ron 97 bukan Ron 95. Harga sekarang dari RM 2.30 seliter naik kepada RM 2.40 seliter. RM 2.40 seliter?

Ada kesempatan bagi aku kah untuk merasa kenikmatan memandu kereta berkapasiti enjin besar? Jawapannya : Hanya dalam mimpi je la. Jangan berharap sangat la kalu dh harga minyak mcm nie. Pakai je la kereta kecik selamanya.

: : TERIMA KASIH KERAJAAN KU : :

Tuesday, January 4, 2011

Kembali Seperti Biasa

Hari ini hari Selasa bersamaan 4 Januari 2011, hari kedua bekerja dalam tahun baru ni. Jalan raya telah kembali sesak. Hari Isnin 3 Januari 2011, semalam, jalan masih lagi lengang. Mungkin sebab ramai cuti lagi.

Semalam bermulanya hari persekolahan so ramai mak bapak yang cuti menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Begitu juga keadaan dalam ofis aku. Lengang dan senyap sunyi. Tapi hari ni, telah kembali normal seperti biasa.

Hari ini aku keluar rumah lebih awal tetapi sampai ke ofis sama seperti aku keluar masa cuti sekolah. Adoyai. Buang masa atas jalan je. Bandar Klang dah ada jejambat baru pun still jammed gak. Tapi apa boleh buat, redah je la.

Monday, January 3, 2011

1 JANUARI 2011

Tahun baru.....sebut pasal tahun baru, mesti kita pikir pasal azam tahun baru...aku xpiki lagi apa azam baru aku tahun 2011 ni...hehehe...tp aku nk berkongsi perihal yang jadi pada aku pada hari pertama tahun 2011 nie...

1 Januari 2011...
Hari tersebut hari berlangsungnya perkahwinan kakak aku tapi kt belah lelaki la. Kenduri diadakan kt Jengka 22, Pahang. Ni lah pertama kali aku jejakkan kaki kt Jengka nie. hehehe...

Sebanyak 12 kereta rombongan pengantin perempuan dari Port Klang. Seperti yang dijanjikan semua berkumpul kt R&R Temerloh pukul 10.30 pagi. Tapi biasa la ada je yang lewat. Tak kisah la janji semua selamat sampai. Bila sume dh ready, kami gerak ke tmpt yg dituju. Kami exit tol Chenor, then tunggu wakil dari pihak lelaki dtg pick-up kami (takut sesat). Alhamdulillah cuaca mengizinkan majlis berjalan dgn lancar. Amin. Selamat sudah kakak aku jadi isteri org. Semoga kekal selamanya.

lebih kurang kul 4 ptg kami bergerak pulang dari Jengka. Ada yang dari rombongan kami dah balik awal dah. Hanya keluarga terdekat yang balik lewat. Lebih kurang dalam 5 kereta je termasuk la aku dgn ayah aku. Lepas tu, kami berhenti rehat di R&R Temerloh. Ayah aku yg lead the group. Nak rehat minum2 katanya. Kami berhenti ke tandas, solat dan minum2.

Nak dijadikan cerita, masa nk bergerak balik tu, kunci kereta ayah aku hilang. Atas meja takde. Dalam poket takde. Dalam beg mak aku pun takde. Dia kata ttinggal dalam tandas.

Bila dia pegi tgk kt bilik air, kunci tersebut mmg tiada di tmpt yg sepatutnya. Abes 1 toilet kali cari. Mmg takde. Kelam kabut la dia. Mak aku dh start membebel dah. Tanya2 kt brother cleaner tu pun dia tak tau.

So kami decide, mak ayah aku tinggal kat R&R tu tengok2 kereta tu. Yang lain2, balik dulu. Aku cabut awal2 sbb nak gi cari kunci spare kat umah. Hehehe. Penat nk cari sbb ayah aku tak tau dia letak kat mana kunci tu.

Nasib baik jumpa kunci spare tu. Kul 8.00 malam gerak gi R&R Temerloh. Dengan pakcik aku. kul 10 lebih gak la smpi sana. Nasib baik kakak aku dgn abg ipar aku teman diorg kt sana. Takde la sunyi sangat diorg tu.

Tapi cuma ada kunci je la. Alarm tu takde. Terpaksa la buka gak. Apa lagi meraung la kereta tu. Kena cari lak button nk off alarm tu. Kalu tak off alarm tu kereta tak bleh nk start lak. Godek punya godek punya godek. Ketuk sana, ketuk sini. Nasib baik kereta bleh start dah. Lepas tu terus balik la.

On d way balik tu aku dh mamai dah. Ngantuk giler.

Port Klang --> Jengka 22 --> Port Klang --> R&R Temerloh --> Port Klang
(estimated distance 750 km in 1 day)