Tuesday, August 24, 2010

Klang Bandar DiRaja

KLANG : Dikala semua warga Klang dan Pelabuhan Klang berharap agar setelah jejambat di tengah bandar Klang siap maka kadar kesesakan lalulntas dapat dikurangkan, akan tetapi jangkaan awal ternyata meleset sama sekali. Lagi panjang 'jammed' tu ada la. Adoyai.

Adakah ini menunjukkan warga tempatan dh kaya-kaya sbb dh mampu nk pakai kete? Atau adakah slogan kerajaan untuk 'Berkongsi Kereta' hanya tinggal slogan semata? (Mcm mana nk kongsi kereta kalu berlainan tempat keje). Kesesakan di bandar Klang samada dengan jejambat atau takde, tiada beza pun. 'Jammed' tetap 'jammed'. Memang tidak dapat dielakkan sama sekali.

Ada pepatah menyatakan "Kalu nak mahir memandu, pandu kereta di KL", tetapi tidak perlu bagi warga Klang. Anda pandu je kt Klang, insyaAllah anda akan mahir gak.

Renung-renungkan & selamat beramal. (pinjam slogan org ni tau)... :)

Tuesday, August 17, 2010

The End Of My MyviCooper

Dipendekkan cerita, pada 15 Ogos 2010 yang lalu, kat tayar aku tercucuk sebatang skru bermata Philips yang ntah dari mana datangnya. Dah la tayar aku dah hampir2 botak, tinggal 40% je lagi.
Adoyai......
Aku menjadi stress dgn kejadian tersebut kerana aku terpaksa ke kedai tukar tayar. Dah la bulan ni poket aku nipis-nipis je. Nasib baik la bulan Ramadhan, tak byk pakai duit sgt. Tapi atas sebab2 keselamatan masa depan, aku gagahkan jua ke kedai tukar tayar.

Dari satu kedai ke satu kedai aku bersama consultant aku mensurvey harga tayar yang bleh diterima akal dan akhirnya, kedai yang ke-5, segalanya merubah kehidupan aku.

Aku tak tau samada aku membuat keputusan yang terbaik atau tidak, aku pun tak pasti. Pada mulanya, aku cuma mahu menukar tayar sahaja tapi akhirnya aku terus menukar rim dari 17" ke 15" atas sebab-sebab, hanya Tuhan dan aku je yang tau.

Dan dari situ la berakhirnya Kisah MyviCooper. Tiada lagi istilah tersebut dalam diari hidupku lagi.

Aku sedih... :(

Akan tetapi, setelah beberapa hari aku menjadi lebih selesa dgn rim 15" tersebut seperti aku mula berjinak-jinak dgn rim 15". Keselesaan yang lebih mendamaikan jiwa berbanding rim 17" dulu. (saja nak sedapkan hati je ni)...hehehe...

Takpe la, nak buat mcm mana lagi kan. Benda dah jadik. Tunggu je la aku tukar rim 15" yang lebih cantik dan menarik dari pandangan mata kasar.

Sekian, terima kasih... :)