Wednesday, December 29, 2010

TAHNIAH MALAYSIA

Tahniah aku ucapkan kepada Team Malaysia yg menang Piala Suzuki AFF 2010.

Dah 14 tahun kita tunggu-tunggu piala tu datang Malaysia, dan akhirnya berjaya gak bawak balik tahun nie.

Team bola negara semakin meningkat naik dari tahun ke tahun. Player pun muda-muda lagi, harap dapat kekalkan kesungguhan sampai bila-bila.

Dan diharap pihak-pihak lain dapat menilai semula team negara kita, upgrade fasiliti yg sediada, tambah yg mana patut dan membentuk buluh dari rebung.

Moga bolasepak Malaysia dikagumi oleh seluruh dunia.

Tahniah diucapkan sekali lagi buat Team Malaysia...

Wednesday, November 3, 2010

TAHUN 2010

Tahun 2010 sudah hendak sampai ke penghujungnya... Diam-diam, dah masuk bulan November dah nie... Cepat benar masa berlalu... Ada lagi dua(2) bulan sebelum masuk ke tahun baru 2011... As usual, kena pikir azam tahun baru lak seperti tahun sebelum2 nie...

Tapi azam tahun baru 2011, bulan Disember baru aku nak pikir...tu pun pikir dah hujung2 bulan nak masuk awal tahun baru pikir...hahaha...Malas lagi nak pikir awal2 nie...Baik pikir benda lain dulu...

Sepanjang tahun 2010 ni, ada beberapa kejadian2 yang telah berlaku dan akan berlaku pada diri aku...kejadian lain dari yang lain...

1) kejadian yang paling aku ingat adalah tahun ni aku telah memegang status tunangan orang...hahaha...aku sendiri pun tak sangka hal ini boleh berlaku kat aku...(ada cerita lanjut disebalik kejadian...biar aku je yang simpan rahsia tu)...InsyaAllah tahun depan aku akan menamatkan zaman bujang aku...amin...

2) tahun ni aku tukar rim kete aku lagi...hahaha...aku rasa ni kali yang ke-6 kot aku tukar rim...hahaha...

3) Kakak aku akan melangsungkan perkahwinan dia bulan Disember nie...InsyaAllah kalau takde halangan...Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, bertambah ahli keluarga aku yang kecik tu...

Ada lagi ke kejadian yang best2 untuk aku cite...kalu ada nnt aku update balik sebab aku tak ingat lak...hahaha...

"RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL"

Wednesday, September 8, 2010

Pesanan Ibu Untuk Anak-Anak Perempuannya...

Setiap kali menjelang ramadhan tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun. Di antara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahor sementara menunggu waktu solat subuh ibu akan memanggil kami semua (3 orang anak perempuannya - ibu mempunyai 4 orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah pula meninggal dunia ketika usia saya tiga bulan.

Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baik lebih-lebih lagi pada Ateh (anak no. 3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi. Apabila hampir penghujung puasa dah tentu kamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampung siapa pada hari raya pertama. Betul tak??????

Ateh & Acik : Betul....mestilah ghumah ibu dulu.........

Ibu : Dengar dulu....contohnya jika rumah kamu di Tanjong Malim, rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumah siapakah yang akan kamu tuju dulu?

Ateh & Acik : Ghumah ibulah.....sebab dekat

Ibu : Tidak.......ibu tidak izinkan kamu balik ke sini.........baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu........ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun.

Ateh : Mengangguk.......(tanda faham ler tue...... dia nie banyak ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahir dalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandai mengurut....diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga).

Acik : Mana boleh macam tu tak aci lahhhhhh......kena gilir-gilirlah baru adil. (dia nie memang kaki bangkang pun.....outspoken skit kalau dia tak puas ati)

Ibu : Ingatlah......jika anak-anak perempuan ibu sayangkan ibu dan inginkan kebahagian ibu di akhirat nanti...taatlah pada suami dan mentua kamu........

Acik : Macam kaum h**** lak. Dah kawin tak boleh gi rumah emak bapak.

Ibu : Bukan macam tu......islam tu indah.......setiap anak-anak perempaun yang taat pada suami di samping mentua mereka, ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu..... dan seperkara lagi.....untuk menjaga suami tidak sesusah mananye... hanya dua perkara kalau kamu nak menundukkan suami kamu mengikut islam......JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA.

InsyaAllah dia tak akan ke mana.....kalau dia melilau pun dia akan kembali kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumah kamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencari pahala.

Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan abang ipar yang yatim piatu......jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa mentua. Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).

Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba di rumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa.........terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...

Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang ke Melaka?

Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya ke dua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu).

Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu?

Abang ipar : Tidak bu.......saya izinkan keluarga saya beraya di sini.

Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju?

Abang ipar : Mereka tiada halangan. (dalam hati saya rasa terkilan..........apalah ibu nie....biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)

Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya). Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini. (sambil menitis airmata) Terima kasih kerana membawa anak dan cucu- cucu ibu ke sini.

Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah.
Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya ke arah islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka.
Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makan nak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yang lain....(tak boleh cerita panjang.........dah masuk bab mengumpat lak.......).

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali ke rahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi.

Saya selalu bertanya pada diri saya sendiri......sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagai seorang isteri yang solehah?.........berjayakah aku menjadi ibu sepertimana ibu ku dulu????????

Ya Allah.....berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.....Aminnnnnn

Selamat menjalani ibadah puasa agar ibadah nie dapat menyihatkan iman dan fizikal kita.

Monday, September 6, 2010

Pesanan Buat Suami - Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

: : R a y a 2 0 1 0 : :

Tahun 2010 ini merencanakan permulaan sesuatu yang baru dalam hidup aku. Pada tahun ini aku telah digelar tunangan orang. So maknanya Hari Raya yang akan datang ini merupakan Hari Raya aku yang terakhir sebagai seorang yang digelar BUJANG. InsyaAllah pada tahun 2011 akan datang nanti, aku akan memulakan Hari Raya yang pertama aku sebagai seorang suami...

hehehe...macam kelakar la plak... :)

Tahun 2011 nanti, bermulalah episod seperti mana setiap insan lain yang telah berkahwin. Nak buat pilihan nak beraya rumah mana. Sama ada rumah mak ayah sendiri atau pun rumah mak ayah mertua. Hehehe.......STRESS AKU...

Walau bagaimanapun, Hari Raya 2010 aku seperti raya-raya sebelum ini. Masih tiada apa-apa perubahan yang drastik. Walaupun memegang status tunangan orang, aku still beraya kat umah aku sendiri...hehehe...

Cuma tahun 2010 ni, aku tak dapat nak beraya sakan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan...tapi ada aku kesah...raya still raya...hehehe...

Apa-apa pun di sini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada mak dan ayah aku, adik-beradik dan seluruh ahli keluarga. Tak lupa kepada semua teman-teman yang mengenali diri aku. Mintak ampun maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki jika ada tersalah kata dan terkasar bahasa yang sengaja mahupun tidak sengaja.

: : SELAMAT HARI RAYA 2010 : :

Tuesday, August 24, 2010

Klang Bandar DiRaja

KLANG : Dikala semua warga Klang dan Pelabuhan Klang berharap agar setelah jejambat di tengah bandar Klang siap maka kadar kesesakan lalulntas dapat dikurangkan, akan tetapi jangkaan awal ternyata meleset sama sekali. Lagi panjang 'jammed' tu ada la. Adoyai.

Adakah ini menunjukkan warga tempatan dh kaya-kaya sbb dh mampu nk pakai kete? Atau adakah slogan kerajaan untuk 'Berkongsi Kereta' hanya tinggal slogan semata? (Mcm mana nk kongsi kereta kalu berlainan tempat keje). Kesesakan di bandar Klang samada dengan jejambat atau takde, tiada beza pun. 'Jammed' tetap 'jammed'. Memang tidak dapat dielakkan sama sekali.

Ada pepatah menyatakan "Kalu nak mahir memandu, pandu kereta di KL", tetapi tidak perlu bagi warga Klang. Anda pandu je kt Klang, insyaAllah anda akan mahir gak.

Renung-renungkan & selamat beramal. (pinjam slogan org ni tau)... :)

Tuesday, August 17, 2010

The End Of My MyviCooper

Dipendekkan cerita, pada 15 Ogos 2010 yang lalu, kat tayar aku tercucuk sebatang skru bermata Philips yang ntah dari mana datangnya. Dah la tayar aku dah hampir2 botak, tinggal 40% je lagi.
Adoyai......
Aku menjadi stress dgn kejadian tersebut kerana aku terpaksa ke kedai tukar tayar. Dah la bulan ni poket aku nipis-nipis je. Nasib baik la bulan Ramadhan, tak byk pakai duit sgt. Tapi atas sebab2 keselamatan masa depan, aku gagahkan jua ke kedai tukar tayar.

Dari satu kedai ke satu kedai aku bersama consultant aku mensurvey harga tayar yang bleh diterima akal dan akhirnya, kedai yang ke-5, segalanya merubah kehidupan aku.

Aku tak tau samada aku membuat keputusan yang terbaik atau tidak, aku pun tak pasti. Pada mulanya, aku cuma mahu menukar tayar sahaja tapi akhirnya aku terus menukar rim dari 17" ke 15" atas sebab-sebab, hanya Tuhan dan aku je yang tau.

Dan dari situ la berakhirnya Kisah MyviCooper. Tiada lagi istilah tersebut dalam diari hidupku lagi.

Aku sedih... :(

Akan tetapi, setelah beberapa hari aku menjadi lebih selesa dgn rim 15" tersebut seperti aku mula berjinak-jinak dgn rim 15". Keselesaan yang lebih mendamaikan jiwa berbanding rim 17" dulu. (saja nak sedapkan hati je ni)...hehehe...

Takpe la, nak buat mcm mana lagi kan. Benda dah jadik. Tunggu je la aku tukar rim 15" yang lebih cantik dan menarik dari pandangan mata kasar.

Sekian, terima kasih... :)

Thursday, June 24, 2010

Evolusi Myvi Putih

Kereta pertama kebanggaan aku sebagai rakyat Malaysia
Perodua Myvi 1.3SX '08
stendet mendet lagi...tungguuuu.....


1st Upgrade with no consultation from Hansgarage
1) Spoiler
2) Door Lining

As a result after consultation :
1) Spoiler - approved
2) Door lining - to be remove immediately


2nd Upgrade with consultation from Hansgarage
P1 Buddy 15x7
plus LOWERED SPRING....!!!


3rd Upgrade
Wedsport 15x6.5 plus remove Door Lining
(pesanan keras + gelakan daripada consultant dan The Chillie's Crew)


Sepetang bersama The Chillie's Crew

4th Upgrade
Tak upgrade tapi tukar color sebab tak jumpa lagi rim yang sgt2 menarik minat untuk tukar lagi...tukar kaler rim ni pun sebab ada 1 kete Myvi putih tu sebijik macam kete aku...pilih punya pilih punya pilih color yang sesuai dan yang takkan ada orang berani nak buat, akhirnya color Hijau yang menjadi pilihan hati...

- ADA AKU KESAH -

Ramai gak terkejut dgn color rim aku ni termasuk la mak bapak aku...hahaha...puas gak la aku merayau dgn rim Hijau aku nie...terasa macam duk kt oversea lak...kat sana mcm2 color rim diorg belasah...cantik je aku tgk...mgkn sebab kete diorg kot...kete aku ni kete Myvi je...ada aku kesah...HAHAHA...

Kisah Myvi putih tak berhenti setakat ini sahaja...ada lagi kisah selanjutnya...
saksikan lah...!!!

5th Upgrade
Rim Mini Cooper Work 17'

Inilah rupa sebenar Myvi Putih (buat masa sekarang ni la, esok lusa tak tau lagi la)...


Wednesday, June 23, 2010

My First Blog Ever Create

Hahahaha... Apa kabar Malaysia...

Ni blog pertama ku penah create...saje2 nk cuba nasib...
jeles tgk kengkawan sume dh ada blog...
even tak bape nk celik IT sgt tp cuba gak ni..

hehehe...

akan ku cuba meng'update' blog aku ni sekerap mungkin...walapun aku tak bape nk ada aktiviti-aktiviti yg best2 belaka...

bak kata pepatah omputih yang bermaksud
'nak seribu daya, tak nak seribu dalih'

hahaha...
saya yang menurut perintah
roger n out...